Kongres Nasional Keadilan ke-16 menjadi pentas untuk merapatkan hubungan dua pemimpin utama dalam parti, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden dan Timbalannya, Rafizi Ramli. <br /><br />Dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Presiden, Anwar dengan berlapang dada menyifatkan ucapan Rafizi sebagai ubat penadol yang mengubati kerunsingan beliau selama ini.